Kata pujangga
Sediakan payung sebelum hujan
Walhal mendung belum tentu hujan
Bersiap sedia sebelum terkena
Walhal jurus utuh terluka jua
Mungkin
Tak perlu disediakan payung
Kerana hujan belum tentu kan turun
Kalau ia turun jua
Aku pasrah...
Aku pasrah dengan kebasahan
Aku redha dengan ketentuan
Kerana
Aku tahu Kau yang menurunkan
dan
Kau juga yang meneduhkan...
Mungkin juga
Telah Kau sediakan
Tempat untuk aku berteduh
Di hujung jalan sana...
Hujan kan tetap turun
Untuk menyubur bumi
atau membanjir daerah
Ada menangis dilanda musibah
Namun ada yang ceria menghitung laba...
No comments:
Post a Comment