Mereka berjudi
Kita menurut
Mereka menyembah berhala
Kita syirik
Mereka bohong
Kita penipu
Kita ikut tanpa periksa
Kita sesat dalam sedar
Kita alpa menurut rasa
Mata kasar buntang terbeliak
Mata hati buta tuli
Nikmat tidak kelihatan
Puas dicari separuh zaman
Beruntunglah
Pada mereka yang nampak
Hamparan nikmat
Terbentang luas
Duit berbillion tiada nilai
Bagi yang tahu
Tahniah buatmu
Ikhlas dariku
Bisa aku jadi sahabatmu
Kalau kau mahu
Boleh kau ajar aku
Satu persatu
Menuju haluan yang tentu
Jalan tidak terpesong
Sirat nan pasti bahagia
Tepuk dada tanya selera...
No comments:
Post a Comment