Saturday, October 1, 2011

Puisi - Tersurat dan Tersirat




Tersurat dan Tersirat

Nukilan yang tertulis
Gambaran yang terlukis
Gerakan yang bersahaja
Kata-kata yang terungkap

Tersurat dan tersirat
Mata kasar yang tersurat
Mata hati yang tersirat
Sang karyawan penuh ilusi

Apa maksud suratan itu
Tiada erti bagi saintis
Padat berisi lagi dramatis
Plot agung seniman tersanjung  

Ada makna setiap kata
Ada maksud setiap warna
Ringan atau berat
Lain mata lain telinga
Ikut hati turut rasa
Terserah pada empunya...

No comments:

Post a Comment